[info] hijab yang menutupi diri dan alam ghaib



"usahamu untuk menyingkap keajaiban yang tersembunyi dalam dirimu adalah lebih baik daripada usahamu agar terbuka bagimu tirai keghaiban"
- Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam

Sudah menjadi kebiasaan untuk sebahagian ahli tarekat biasanya akan mengarahkan tujuan amal ibadat dan dzikir mereka bagi tujuan menyingkap tabir ghaib dan akhirnya tujuan amal sudah terarah kepada mendapatkan maqamat dan bukan lagi Allah swt menjadi tujuan.

Beberapa jenis zikir diamalkan untuk memecahkan hijab-hijab keghaiban tertentu dan kalau ada tujuan lain selain Allah swt maka zikir-zikir secara demikian tidak akan menyampaikan seseorang hamba kepada Tuhannya.

Kalau tujuan maqamat menyingkap keghaiban yang dicari maka setelah mereka banyak berzikir namun, hati mereka masih berasa jauh daripada Allah swt, maka mereka mula berasa berputus-asa dan bosan dan timbullah keraguan di dalam hatinya. Keadaan yang demikian terjadi kepada orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperolehi kedudukan bukannya kedekatan dengan Allah swt.

Banyak si salik yang merasa tidak memperolehi apa-apa dalam berdzikir setelah sekian tahun sedangkan dia telah diberi istiqamah berdzikir oleh Allah swt.

Dia menyangka bahawa dialah yang berdzikir kepada Allah saban hari dan tidakpun menyangka bahawa itu pemberian anugerah Allah swt yg tidak terhingga kepadanya walaupun hatinya masih terasa tawar tanpa rasa.

Apakah rasa yang dicari atau ingatan kepada Allah itu yang menjadi keutamaan?

Si salik sering tertipu dan keliru seolah kasyaf, keramat dan maqamat itu yang dikejar...

Ada pula orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperolehi kekeramatan sebagai tujuan. Di tengah jalan mereka mendapat jazbah khadam lalu dibawa ke alam khadam dan malakut. Terpesonalah mereka dengan berbagai-bagai makhluk halus yang mempamerkan berbagai-bagai keanehan sehingga lupalah mereka kepada Allah s.w.t yang menjadi maksud dan tujuan. .
Mereka akhirnya sibuk dengan khadam dan ilmu hikmah dan tertipu kerana mulai asyik dengan kemakhlukan dan keanehan.

Kalau ada tujuan selain Allah maka musibahlah bagi mereka dengan diberi khadam jin dan syaitan dan ini akan menjadi asbab hijab tebal dan terhalang kepada Allah swt.

Mereka tidak lagi berharap dan bergantung kepada Allah swt dan mulai sibuk meminta kepada khadam. Maka bertambah teballah dinding antara mereka dengan tauhid yang hakiki.

Kalam Hikmat ke-30 ini menarik orang yang baharu dalam perjalanan kepada Allah swt supaya menetapkan kaki atas landasan yang betul iaitu dengan memerhatikan kepada diri sendiri, memeriksa segala keaiban diri dan memperbetulkannya.

~ila hi anta Maqsudi wa Redho kamathlubi~

Sumber: Artikel Bebas Google, Instagram